• Main
  • News

Latihan Pusat Majlis Sukan Sekolah Negeri Melaka (mssnm)

Latihan Pusat Majlis Sukan Sekolah Negeri Melaka (mssnm)

Latihan Pusat Majlis Sukan Sekolah Negeri Melaka (MSSNM) 2026 melibatkan seramai 18 orang pegawai kontinjen dan 24 orang atlet memanah yang terpilih bagi mewakili negeri ke Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2026.
2 orang pelajar SMKA Sharifah Rodziah yang terlibat ialah :
- Amna Addina Binti Mohd Syafiq
- Marissa Ayesha Binti Mohd Anuar

Latihan pusat kali ini dilaksanakan secara berperingkat iaitu
- Fasa 1 : 21 - 22 Mei 2026
dan
- Fasa 2 : 03 - 04 Jun 2026
bertempat di Sekolah Kebangsaan Krubong 2.

Semoga para atlet memanah terus mempamerkan daya juang yang tinggi, semangat yang kental serta fokus yang luar biasa sepanjang kejohanan berlangsung. Teruskan berusaha, percaya akan kemampuan diri dan jangan mudah mengalah walau apa jua cabaran yang mendatang. Setiap anak panah yang dilepaskan bukan sekadar menuju sasaran, malah menjadi lambang disiplin, ketenangan, ketepatan dan keyakinan diri.

“Bidik dengan yakin, lepaskan dengan tenang, dan ukirkan kejayaan buat negeri tercinta.”


About Us