Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT atas pengiktirafan yang diterima oleh SMK Agama Sharifah Rodziah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah atas penganugerahan Anugerah Jauhari sempena Simfoni Citra Kecemerlangan SPM, STPM, STAM & MUET 2025 yang telah berlangsung pada 8 Julai 2026.
Pengiktirafan ini merupakan hasil usaha, komitmen dan kerjasama seluruh warga SMK Agama Sharifah Rodziah dalam memastikan kecemerlangan akademik terus menjadi budaya sekolah. Ia juga menjadi pemangkin untuk kami terus meningkatkan prestasi dan melahirkan generasi yang cemerlang, berilmu serta berakhlak mulia.
Tahniah dan syabas kepada semua guru, murid, ibu bapa serta seluruh warga sekolah yang telah menyumbang kepada kejayaan ini. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.
#SMKASharifahRodziah #AnugerahJauhari #SPM2025 #KecemerlanganAkademik #PPDMelakaTengah #BanggaSharodz