???? TAHNIAH PASUKAN NAZAM WARDATUDDINIAH! ????
Alhamdulillah, syukur atas kejayaan yang membanggakan! ????✨
Pasukan Nazam Wardatuddiniah telah berjaya meraih NAIB JOHAN dalam Pertandingan Nazam Peringkat Negeri Melaka sempena Hari Landskap Negara, yang berlangsung di Stadium Hang Jebat hari ini.
???? Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh anggota pasukan atas persembahan yang hebat, komitmen dan usaha yang telah dicurahkan.
Lebih membanggakan, penggubal lirik, Mohd Fariz Rizal, turut berjaya merangkul Anugerah Lirik Nazam Kreatif Terbaik. ????✨
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus mengharumkan nama sekolah dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
Tahniah Wardatuddiniah!
Syabas dan teruskan kecemerlangan! ????????